First of all,credit utk adik aku kerana telah membantu aku createkan blog ini.The main reason aku create blog ini sebab aku nak berkongsi kisah hidup aku bersama orang yang tersayang...suami..mak abah...anak-anak...dan adik-adik.Kadang kala ada perkara yang kita tak dapat nak kongsi dengan orang disekeliling kita tapi kita nak simpan kenangan tersebut supaya suatu hari nanti kita atau orang-orang kesayangan kita tersenyum membacanya lebih-lebih lagi bila kita sudah tiada di sisi mereka.
Sejak aku kecil,aku ada 5 impian.Ia tetap tidak berubah.So hari ini kita tengok berapa banyak impian aku yang dah tercapai.
- Nak jadi cikgu.
- Nak hidup berkeluarga dan ada anak-anak.
- Nak bawa mak pergi Mekah.
- Nak pakai kereta HONDA
- Nak ada blog sendiri...hehehehehe ( iye ke ? )
Alhamdulilah, syukur aku pada Allah sebab banyak sangat impian2 aku tercapai.Kadang kala Allah tak beri apa yang kita minta tapi Dia beri apa yang kita perlu dan sudah tentu ianya adalah yang terbaik untuk kita.Thanks...
hehe,iye iye je lah impian nak ada blog.haha
ReplyDeletehahahahhaha,mmg kelakor XD
ReplyDelete